Pejabat Perdagangan, Pelancongan Sarawak dibuka di Brunei

0
19
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

MIRI: Selepas Singapura, Sarawak membuka sebuah lagi  Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Premier Sarawak  Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan malam tadi, pejabat itu akan dibuka tahun ini.

Jelasnya, pembinaan pejabat  perkara itu telah dipersetujui di peringkat Kementerian Brunei dan akan beroperasi di ibu kota, Bandar Seri Begawan.

Abang johari berkata, perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ketika menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

“Susulan itu kita akan mengenal pasti kawasan di Bandar Seri Begawan untuk mendirikan pejabat ini.

Jelas beliau, langkah itu  bakal mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Brunei dengan Sarawak bagi mewujudkan landskap ekonomi dan sosial yang lebih strategik di peringkat antarabangsa.

“Ini sudah tentu menjadi satu kemudahan bagi kita merapatkan perhubungan yang baik antara Brunei dengan Sarawak.

“Kita akan tambah baik kerjasama dengan Brunei serta kita akan memasarkan produk Sarawak ke pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini pada Rabu.