132 kes Covid-19, 13 di Sarawak

0
18

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 132 kes Covid-19 semalam termasuk 13 kes di Sarawak.

Dengan itu, jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 5,035,205.

Jumlah kes aktif ialah 9,783, turun 12.1 peratus berbanding 14 hari lalu.

Satu lagi kematian Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif 36,933.

Sebanyak 370 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital termasuk 11 di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan ke hospital paling tinggi ialah Sabah (41), diikuti Selangor (39) dan kedah (13) kes.