Rumah panjang 39 pintu musnah terbakar

0
26

LIMBANG : Sebuah rumah panjang di Rantau Kerian, Kampung Medamit di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Kejadian membabitkan Rumah Bujang yang mempunyai 39 pintu itu dipercayai berlaku pada jam 6.40 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 6.48 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba dimaklumkan kebakaran telah memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah panjang 39 pintu itu.

” Api dipercayai bermula dari rumah unit yang ke 36. Sebagai tindakan susulan, kita menggunakan air daripada tangki jentera bomba.

“Pada masa yang sama, penggunaan air daripada tangki domestik rumah panjang turut digunakan selain kaedah ‘relay pumping’ daripada kolam yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap itu berkata, bomba mengalami kesukaran memadam api kerana tiada pili bomba yang berdekatan lokasi kejadian.

Menurutnya, keluasan keseluruhan rumah panjang tersebut adalah 780 x100 kaki persegi.

“Setakat ini kebakaran tidak melibatkan kecederaan dan kehilangan jiwa,”ujarnya.