5,000 serbu karnival di Sarikei

0
23

SARIKEI: Karnival downtown anjuran jawatankuasa penjaja pusat itu mendapat sambutan luar biasa apabila diserbu lebih 5,000 pengunjung.

Pengerusinya Allif Omar Yunus berkata, sambutan luar dugaan itu amat melegakan peniaga yang sebelum ini terjejas akibat keadaan cuaca tidak menentu.

Katanya, pengunjung bukan hanya penduduk Sarikei tetapi juga dari Sibu, Bintulu, Kuching dan Miri.

“Kehadiran pengunjung yang ramai sepanjang karnival selama 25 hari itu secara tidak langsung meningkatkan pendapatan peniaga kecil di tapak ini.

“Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan semua,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Allif berkata, pihaknya sedang giat melakukan perancangan bagi menambahkan lagi kemeriahan tapak niaga yang kian mendapat sambutan itu.