Sebuah video dengan kapsyen “Keazaman + Kecerdikan + Kesabaran = Kejayaan
Anak Genius” dikongsi oleh TheFigen baru-baru ini.
Video itu bermula dengan kelibat budak lelaki berusia 7 tahun membawa beg dan peralatan yang kemudiannya di mletakkannya di tepi sungai.
Selepas memasang alat tersebut di tepi sungai, dia mengeluarkan pelbagai barangan dari begnya.

Kanak-kanak tersebut memancing menggunakan doh sebagai umpannya.
Pancing dilontar ke sungai dan dia duduk menunggu hasilnya.
Pada penghujung video, kanak-kanak itu berjaya menangkap dua ekor ikan bersaiz besar.
Teknik memancingnya mudah dan santai, namun membuahkan hasil memuaskan.
Determination + Ingenuity + Patience = Success
Genius Kid 💞 pic.twitter.com/itC7IAguXn— The Figen (@TheFigen_) January 20, 2023