Spesies cicak baharu ditemui

0
27

LIMA: Kumpulan saintis melaporkan penemuan spesies cicak baharu di kawasan semula jadi yang dilindungi di Cusco, tenggara Peru, kata pegawai taman negara.

“Taman Negara Otishi mendedahkan spesies cicak baharu kepada sains,” kata Perkhidmatan Negara bagi Kawasan Semula Jadi Terlindung Negara dalam satu kenyataan.

Spesies baharu itu, dinamakan “Proctoporus titans,” ditemukan di kawasan pergunungan Andes pada ketinggian 3,241 meter.

“Proctoporus titans”

Cicak itu berwarna kelabu gelap dengan bintik-bintik kuning dan emas di sisi dan kepalanya.

Ia mempunyai ekor yang lebih panjang daripada badannya, dan mempunyai sisik dorsal beralur dan sisik prefrontal.

Taman Negara Otishi ialah kawasan terlindung di wilayah Cusco dan Junín, meliputi hampir 306,000 hektar (756,000 ekar) hutan pergunungan. – AFP