Sarawak catat hanya tiga kes Covid-19

0
25
Foto fail

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 142 kes baharu Covid-19 semalam.

Sarawak hanya merekodkan tiga kes – sekali gus terendah dalam tempoh sekian lama.

Jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini ialah 5,034,972.

Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 53 kes.

Tiada kes kematian direkodkan semalam.

Sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020, sebanyak 36,932 kematian direkodkan.