Reaksi dua kanak-kanak terpegun dengar nyanyian Whitney Houston

0
22

Keenakan suara penyanyi terkenal, mendiang Whitney Houston sememangnya menyebabkan orang ramai terpukau mendengarnya tidak kira golongan tua atau muda.

Sebuah klip video yang dikongsi TheFigen di Twitter menunjukkan aksi lucu dua kanak-kanak yang begitu asyik mendengarnya.

Video itu bermula dengan pasangan kembar comel duduk di kerusi mendengar Whitney menyanyi.

Sumber: video

Beberapa saat sebelum korus lagu bermula, video itu menunjukkan wajah mendiang dari dekat dan apabila penyanyi itu tiba-tiba membuka matanya, kedua-dua kembar itu menjadi begitu terkejut sehingga makanan di paha salah seorang kanak-kanak itu jatuh.

Aksi mereka menyebabkan netizen geli hati.