Pertembungan dua kereta depan mata, sedikit lagi…

0
27

Sebuah video agak menggerunkan dikongsi oleh Never tell me the odds di Twitter.

Klip itu bermula dengan kelibat wanita berdiri di tepi jalan menunggu untuk melintas di sebuah simpang.

Kejadian tersebut berlaku pada malam hari dan hanya wanita berkenaan berada di lokasi.

Sumber: video

Tiba-tiba sebuah kereta dipandu laju yang datang dari arah hadapan wanita itu melanggar sebuah kereta yang bergerak dari jalan utama.

Ketika pelanggaran berlaku wanita tersebut berada di tengah-tengah kedua-dua kereta berkenaan, namun menakjubkan, dia tidak dilanggar dan masih berdiri di situ dalam keadaan terkejut.

Gadis itu melangkah dua tapak ke hadapan hanya selepas kedua-dua kereta yang hilang kawalan akibat impak pelanggaran itu berada jauh darinya.