Pencuri tangkap perompak

0
31

Sebuah insiden agak mencemaskan dan pada masa yang sama melucukan berlaku di sebuah kedai serbaneka baru-baru ini.

Video dirakam CCTV kedai menunjukkan dua pemuda cuba mencuri di kedai tersebut.

Seorang daripada mereka berdiri di kaunter cuba menarik perhatian pekerja agar rakannya dapat mencuri barang tanpa disedari.

Sumber: video

Tiba-tiba dia melihat kelibat lelaki bersenjata masuk kedai dan dia segera berlari mendapatkan rakannya.

Perompak tersebut dilihat mengacu senjata ke arah pekerja.

Kedua-dua pencuri tersebut kemudiannya bersatu menangkap perompak itu.

Selepas berjaya menjatuhkannya, mereka menyerahkan senjata kepada pekerja kedai yang masih terpinga-pinga di belakang
kaunter.

Insiden tersebut biarpun agak mencemaskan, menyebabkan netizen terpegun dengan keberanian dan kesudian dua pencuri terbabit membantu pekerja kedai yang bersendirian ketika itu.