Patung burung Twitter dilelong

0
25

SAN FRANCISCO: Sebuah patung burung Twitter dijual AS$100,000 pada Rabu lepas apabila Elon Musk melelong perabot, hiasan, peralatan dapur dan banyak lagi dari ibu pejabat firma teknologi itu di pusat bandar San Francisco.

Perkhidmatan lelongan Heritage Global Partners mengesahkan, lelongan dalam talian “lebihan aset pejabat korporat Twitter” yang berlangsung lebih kurang 24 jam itu juga menampilkan lampu neon 10 kaki dalam bentuk logo burung Twitter, yang menang bidaan sebanyak AS$40,000.

Antara 631 barangan yang dilelong itu termasuk mesin espreso, meja ergonomik, televisyen, stesen kuasa pengecasan basikal, ketuhar piza dan hiasan berbentuk seperti tanda “@”.

Pada Disember lalu, Musk menyatakan pemotongan kos teruk di Twitter telah membaiki kewangan syarikat yang teruk sementara beliau berusaha mencari CEO baharu untuk platform media sosial yang bermasalah itu. – AFP