Lawan arus punca kemalangan maut

0
22

MUKAH: Lawan arus menjadi punca seorang lelaki maut dalam kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal di Kilometer 73 Jalan Sibu/ Bintulu, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 9 pagi itu, mangsa, 76, disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Klinik Selangau di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan patah tangan serta kaki sebelah kiri.

MUSNAH….Keadaan motosikal selepas kemalangan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Honda dinaiki mangsa bergerak lurus dari arah Sibu menuju ke Selangau telah bertembung dengan motosikal jenis Sym yang bergerak melawan arus dari arah Selangau.

“Manakala, penunggang motosikal yang melawan arus telah dibawa ke Klinik Selangau seterusnya dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah kaki kiri.

MUSNAH….Keadaan motosikal selepas kemalangan.

“Kemalangan tersebut menyebabkan kedua-dua motosikal mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mendedahkan bahawa struktur jalan raya adalah lurus, rata dan sistem jalan raya sehala.

MUSNAH….Keadaan motosikal selepas kemalangan.

Sehubungan itu, kenderaan dibawa balik ke Balai Polis Selangau untuk pemeriksaan Puspakom, manakala mayat dibawa ke bilik mayat Hospital Mukah.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.