Kemunculan ikan paus kejutkan penduduk di Kuala Baram

0
34

MIRI: Kehadiran seekor anak ikan paus sepanjang empat meter mengejutkan penduduk Kampung Nelayan Batu 4, Kuala Baram di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu disedari penduduk selepas ternampak ‘objek’ berwarna hitam terdampar di tepi pantai itu sebelum menyedarinya anak ikan paus.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak (PGOB) berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 12 tengah hari tadi

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong telah diarahkan ke lokasi kejadian dan bertindak menolak haiwan itu ke kawasan laut yang lebih dalam dengan bantuan penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi menyelamat mamalia terbabit.

“Operasi ini dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak haiwan itu cedera selain memudahkannya kembali ke tengah laut,” katanya.