Guna model lelaki jual pakaian dalam wanita

0
30

BEIJING: Perniagaan dalam talian di China dilaporkan menggunakan model lelaki untuk menjual pakaian dalam wanita bagi mengeksploitasi kelemahan undang-undang yang terdapat di negara itu, lapor Oddity Central.

Perdagangan menggunakan penstriman secara langsung sangat popular di China terutama melibatkan perniagaan alat solek, pakaian dan produk makanan yang bergantung kepada model untuk meningkatkan hasil jualan mereka dengan ketara.

Bagaimanapun, beberapa tahun lalu, pihak berkuasa China mula membanteras industri penstriman secara langsung dengan mengenakan siri peraturan dan garis panduan ketat serta mengharamkan saluran yang melanggarnya.

Video mukbang dari Korea Selatan diharamkan kerana mempromosikan sisa makanan begitu juga dengan wanita yang memakai pakaian dalam ketika sesi jualan secara langsung berisiko didakwa menyebarkan maklumat lucah.

Menurut akaun Twitter popular @xiaojingcangxue, beberapa saluran perdagangan penstriman secara langsung kini beralih kepada model lelaki yang kurus untuk mengenakan pakaian dalam wanita bagi mengelak daripada sebarang pelanggaran undang-undang.

Siaran itu yang tular awal bulan ini turut memaparkan gambar dua model lelaki memakai pakaian dalam wanita yang agak seksi.