Fail bankrap sebab ular eksotik

0
26

LAS VEGAS: Seorang pemain hoki profesional untuk Las Vegas Golden Knights telah memfailkan bankrap dengan liabiliti sehingga $50 juta, dengan masalahnya berpunca daripada pembelian ular eksotik bernilai $1.2 juta.

Menurut Daily Mail, Robin Lehner dan isterinya Donya memfailkan muflis pada 30 Disember, menurut pemfailan di Daerah Nevada, dengan NHL dan Golden Knights disenaraikan sebagai pihak yang berminat dalam kes itu.

Telah dilaporkan secara meluas bahawa masalah kewangan penjaga gol Sweden berusia 31 tahun itu berpunca daripada pembelian $1.2 juta koleksi ular eksotik pada 2017 daripada seorang lelaki bernama Ben Renick.

Beberapa bulan selepas pembelian itu selesai, Renick iaitu pengedar reptilia yang terkenal di dunia telah dibunuh oleh isterinya dan bekas teman lelakinya.

KMIZ pada Januari melaporkan, Lehner membuat bayaran awal sebanyak$200,000 kepada Renick untuk ular tersebut, tetapi selepas kematiannya, dia menghentikan sebarang transaksi selanjutnya.

Menurut New York Post, Lehner ialah pemilik RL Exotics LLC, yang mengendalikan ladang reptilia eksotik di Missouri dengan tiga pekerja.