Arca lengan tanpa kepala cetus pelbagai reaksi

0
28

BOSTON: Arca gangsa yang memberi penghormatan kepada Martin Luther King Jr. dan isterinya Coretta Scott King telah dilancarkan di Boston pada Jumaat telah mendapat pelbagai reaksi.

Karya setinggi 20 kaki “The Embrace” menggambarkan pelukan terkenal antara dua pemimpin hak sivil selepas MLK Jr. mengetahui beliau memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 1964, lapor Daily Mail.

Tetapi karya seni bernilai $10 juta itu menunjukkan dua set anggota tanpa badan dan kepala, mencetuskan kekeliruan dalam kalangan ramai peminat seni dan pengikut ikon hak sivil itu.

Beberapa ahli keluarga King hadir ke majlis di Freedom Plaza of the Boston Common tempat karya itu dipertontonkan buat kali pertama.

Beberapa orang dalam talian mempersoalkan keputusan artis berkenaan yang tidak memasukkan kepala pasangan itu.

Tetapi yang lain terharu dengan karya itu, yang memberi penghormatan kepada pasangan ikonik yang jatuh cinta di Boston, dan kemudian membuat perubahan di dunia.