Tahun Baharu Cina eratkan hubungan kaum di Sarawak

0
30

KUCHING: Tahun Baharu Cina diharapkan akan mengeratkan lagi hubungan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata meskipun keadaan kian berbeza masa kini namun orang ramai dapat menyambut tahun arnab pada perayaan ini.

“Diharapkan tahun ini keadaan bertambah baik.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan memberi angpau dan limau kepada penari tarian singa sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina Datuk Patrick Liew.

“Saya berharap perpaduan dalam kalangan masyarakat akan terus bertambah kuat dan saya ingin mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat yang merayakan,” katanya kepada media selepas menghadiri rumah terbuka Pengerusi iCube Innovation Datuk Patrick Liew di sini hari ini.

Sementara Liew berkata, masyarakat Cina nyata gembira, teruja dan amat menantikan perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini kerana dapat berkumpul bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Kami percaya bahawa ia membawa ‘qi’ atau tenaga dalam tahun arnab.

“Justeru saya ingin menzahirkan terima kasih kepada Timbalan Premier Sarawak, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Harry Jinep dan Konsul Jeneral Republic China Xing Wei Ping kerana meluangkan masa mereka bersama kami,” ujarnya.