Guna dana MRP sebaik mungkin

0
25
DR STEPHEN RUNDI, Nyurak dan William merakam gambar bersama-sama penerima geran MRP Dun Kemena di Balai Raya Sebauh

SEBAUH: Penerima geran projek kecil luar bandar (MRP) diingatkan agar menggunakan dana tersebut dengan sebaik mungkin untuk manfaat masyarakat.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, geran yang diluluskan itu bukan untuk disalah guna.

“Kita mahu setiap komuniti atau ahli kelab dan persatuan tahu setiap peruntukan yang diterima perlu digunakan secara berhemah,” katanya pada Majlis Penyerahan Geran MRP Dun Kemena di Balai Raya Sebauh, baru-baru ini.

Adun Kemena itu berkata, dana MRP penting untuk mempercepatkan proses pembangunan di kawasan luar bandar di negeri ini.

Menurutnya, penerima perlu memastikan projek tersebut dilaksanakan sebaik mungkin termasuk memberi laporan perkembangan projek kepada pejabat Adun untuk rujuan kementerian.

Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Jenny Bangga, Pegawai Daerah Sebauh, William Manggoi, Pemancha Limin Anai dan Penghulu Michael Lanyau Ruma turut hadir.