5,000 hadir majlis Tahun Baharu Cina

0
30

KUCHING: Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini disambut meriah sekali setelah dua tahun diraikan secara sederhana sebelum ini.

Ia diterjemahkan dengan kehadirian kira-kira 5,000 pengunjung dari pelbagai lapisan ke
gabungan rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Rumah terbuka yang diadakan di Dewan MBKS, Jalan Padungan tersebut bermula jam 10 pagi sehingga jam 3 petang.

HIDUP HARMONI…Kui Hian (empat kiri) bersama Adun Kota Sentosa Wilfred Yap (dua kiri) Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng (tiga kiri) dan Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang (lima kiri) merakam gambar bersama pengunjung yang lain.

Majlis turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Adun Kota Sentosa Wilfred Yap, Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang dan Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng.

Hong Seng yang ditemui berkata kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum, agama dan usia membuktikan semangat perpaduan rakyat Sarawak itu sendiri.

Malah katanya, tujuan rumah terbuka ini diadakan bukan sekadar merayai sambutan Tahun Baharu Cina malah membawa orang ramai untuk bersama merayaikannya.

“Kita akan meneruskan (penganjuran rumah terbuka) dan jika boleh kita akan mengilirkan gabungan rumah terbuka ini untuk dianjurkan di kawasan yang lain tahun hadapan.

“Kita tidak mahu sesiapa ketinggalan tetapi membawa kesemua orang untuk merayaikan bersama,” katanya.

Tambahnya lagi, orang ramai dapat berinteraksi sepanjang musim perayaan ini, mengenali satu sama yang lain dan makan bersama dalam satu meja.

“Justeru kita memohon orang ramai untuk meneruskan ikatan keharmonian ini yang kita warisi sejak sekian lama dan jangan benarkan sesiapa sahaja datang dan mencemari perpaduan dan keharmonian di Sarawak,” ujarnya.