Ringgit dibuka mengukuh

0
27
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan peningkatan semalam apabila dibuka lebih tinggi kelmarin berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan minat belian yang kembali ketara.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2975/3015 daripada 4.3050/3100 pada akhir urus niaga kelmarin.

Peniaga ActivTrades Trader Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS susut berbanding ringgit dengan sebahagiannya disebabkan oleh angka ekonomi Malaysia yang kukuh dalam beberapa bulan lepas.