Premier syukur Sarawak hampir pulih daripada Covid-19

0
25
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING: Premier Sarawak menyatakan rasa syukur kerana keadaan di Sarawak hampir pulih selepas mengharungi pandemik COVID-19 selama lebih dua tahun.

Namun, kata Datuk patinggi Abang Johari Tun Openg dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2023, menasihatkan rakyat Sarawak agar terus berwaspada pada sambutan Tahun Baharu Cina 2023.

Sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, Premier Sarawak itu mahu masyarakat di sini supaya menjaga kesihatan diri berikutan masih wujud ancaman COVID-19.

“Kita harus sentiasa berjaga-jaga kerana jangkitan masih berlaku dengan kemunculan varian-varian baharu seperti yang dilaporkan kebelakangan ini di tempat-tempat lain.

Sementara itu, Abang Johari turut menggalakkan rakyat Sarawak supaya terus mengamalkan amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan bagi memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

“Bagi masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak, sudah menjadi kebiasaan apabila perayaan seperti Tahun Baru Cina ini dikongsi kegembiraannya dengan kaum-kaum lain,” katanya.

“Sama juga seperti pada hari raya, Gawai Dayak atau Krismas yang dimeriahkan dengan amalan kunjung-mengunjung,” jelasnya.

“Saya berdoa agar suasana keharmonian pada Tahun Arnab akan terus memperkukuhkan perpaduan pelbagai kaum dan agama di Bumi Kenyalang ini,” ujar Abang Johari lagi