Populasi iguana kuning meningkat

0
23
Iguana kuning

GALAPAGOS: Populasi iguana kuning di Pulau Fernandina, Galapagos kini meningkat kepada 46,000 ekor, lapor Reuters.

Pengarah Taman Negara Galapagos, Danny Rueda berkata peningkatan itu dicapai melalui program pemuliharaan kekal yang dijalankan di pulau berkenaan.

“Populasi iguana kuning pemakan tumbuhan besar dan sihat, yang baik untuk ekosistem kerana ia membantu menyebarkan benih ke seluruh pulau terutamanya di Pulau Fernandina.

“Pulau berkenaan ialah pulau ketiga terbesar di Galapagos,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Menurut Rueda, keputusan itu menggalakkan pihak berkuasa taman untuk meneruskan usaha pemuliharaan haiwan terbabit.