PM UK mohon maaf kerana langgar peraturan

0
26
Rishi Sunak

LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak mengaku melanggar undang-undang kerana tidak memakai tali pinggang keledar semasa merakam video di tempat duduk penumpang di bahagian belakang kereta yang sedang bergerak, lapor Agensi Anadolu.

Sunak menanggalkan tali pinggang keledarnya untuk merakam video, menurut Downing Street.

“Itu adalah kesilapan spontan,” kata jurucakap perdana menteri kepada akhbar Guardian.

Video itu yang disiarkan di akaun Instagram Sunak sudah pun dipadamkan.