Pembukaan China bantu imbangi kesan ketidaktentuan luar

0
24
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Citi Research menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia menyederhana kepada 4.0 peratus pada 2023 berikutan kesan asas dan ketidaktentuan luar.

Firma penyelidikan itu dalam satu kenyataan berkata, pembukaan semula sempadan China mampu membantu mengimbangi kesan ketidaktentuan luar daripada kemungkinan berlakunya kemelesetan di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).