Lelaki jual udara segar 1,000 baht sejam

0
27
Foto fail

BANGKOK: Seorang lelaki di Chaiyaphum menemukan cara baharu untuk menarik pengunjung ke ladangnya, dengan menjual udara segar pada harga 1,000 baht (RM130) sejam, lapor The Nation.

“Sejam pertama berharga 1,000 baht.

Namun kemudian pengunjung boleh terus berada di sini secara percuma, termasuk makanan dan perkhemahan,” jelas Dusit Kachai, 52, yang mengendalikan kumpulan alam sekitar Asian Life di wilayah timur laut berkenaan.

Ladangnya terletak di pinggir Taman Negara Phu Laen Kha, terkenal bagi udara, hutan dan sungai gunung yang asli.

Semakin ramai orang mencari tempat perlindungan semula jadi untuk lari daripada ancaman alam sekitar seperti penipisan ozon, perubahan iklim, pemanasan global, dan udara tercemar, jelas Dusit.

Kanak-kanak dan warga emas pula dibenarkan masuk secara percuma, tambahnya.

Kata Dusit lagi, sebagai setiausaha Asia Life, beliau bertekad untuk berkempen menentang pemusnahan alam sekitar dan membantu memperbaiki kualiti udara.

“Saya yakin bahawa kualiti udara di ladang saya di tengah lembah Phu Laen Kha ini sangat bersih yang dapat dijual 1,000 baht sejam untuk seorang,” katanya.