14 warga Sri Lanka dipenjara seludup migran

0
25
Gambar hiasan

MAHKAMAH di utara Perancis pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara terhadap 14 warga Sri Lanka kerana menjalankan rangkaian penyeludupan migran di seluruh Eropah, ketika pihak berkuasa di seluruh benua itu cuba membanteras rangkaian jenayah terbabit.

Suspek utama dituduh menyelia operasi dari sebuah kedai runcit di Kampung Serifontaine, dijatuhi hukuman penjara empat tahun.

Penyiasat mengesahkan dia berperanan menetapkan harga dan laluan untuk migran bergerak dari Sri Lanka dan Bangladesh merentasi benua dari Ukraine, dengan merasuah pegawai di Eropah Timur.