Adun Satok bersama komuniti sertai program inklusiviti DBKU

0
31
TANAM...Adun Satok, Datuk Ibrahim Baki (tengah) meluangkan masa bersama komuniti menanam anak pokok di sekitar kawasan Kampung Temedak GAMBAR: ALIFF NONI

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri Satok Datuk Ibrahim Baki bersama-sama komuniti Kampung Temedak bagi memeriahkan lagi program program inklusiviti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di surau Darul Qarar, hari ini.

Program disertai kira-kira 100 penduduk komuniti Kampung bermula seawal jam 7 pagi dengan aktiviti senaman senam robik.

Selepas itu para peserta dilihat melaksanakan gotong-royong membersihkan surau dan empat lokasi persekitaran termasuk pembersihan rumah terbiar di Kampung Temedak.

Antara aktiviti lain termasuk jualan kompos DBKU, penanaman bunga dan berbasikal oleh para peserta terdiri daripada komuniti kampung Temedak dan Muhibah Kuching.

Terdahulu, Ibrahim bersama menyertai kayuhan berbasikal bermula dari pekarangan surau melewati kampung Dagok, Kampung Muhibah, menerusi jalan Parit Lama dan Kampung Patingan kira-kira 1.5 kilometer.

Kumpulan terbabit turut melawat empat lokasi gotong-royong di kawasan Kampung Temedak yang turut berada di sepanjang laluan berbasikal.

Beliau disertai oleh Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Junaidi Reduan, Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang.

Ibrahim pada akhir majlis turut menyerahkan tong sampah kepada 10 wakil penerima.

Untuk rekod, program inklusiviti bersama komuniti DBKU ini telah mula dilancarkan pada 5 September 2022 di Kampung Senari.

Seterusnya program sama diadakan di Kampung Demak Baru Fasa II di Dewan Serbaguna Sunan Bonang pada 26 November 2022.

Antara objektif program adalah sebagai bukti sokongan mengekalkan keindahan hijau di kawasan kediaman.

Selaras dengan kesinambungan kepada pelan inisiatif DBKU iaitu Clean, Beautiful, Safe, Smart, Sustainable (CBSSS).