Ringgit dibuka rendah

0
16
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, menjelang keputusan mengenai kadar dasar semalaman (OPR) oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.

Pada 9.06 pagi, ringgit susut kepada 4.3270/3310 berbanding dolar AS daripada 4.3250/3280 ketika ditutup pada Selasa.

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM diadakan selama dua hari bermula kelmarin.