Lelaki dihujani tanah ketika berehat di dalam lori

0
21

Satu insiden mencemaskan menimpa pemuda dan peristiwa itu dirakam CCTV di tempat kejadian.

Video yang kini tular di media sosial menunjukkan sebuah jentolak mengisi tanah yang agak banyak dan berat ke dalam sebuah lori.

Berapa saat kemudian tiba-tiba muncul seorang pemuda dari timbunan tanah itu.

Pemuda tersebut dilihat sedang memasang seluarnya dan membawa tisu tandas di tangannya.

Dia menjerit kepada pemandu jentolak supaya berhenti membolehkannya turun ke tanah.

Netizen yang melihat video tersebut keliru dan hairan tentang motif lelaki tersebut berada di dalam lori terbabit.

Ramai yang memberi komen bagaimana jika ada sesuatu yang lebih berat dan lebih berbahaya daripada tanah dibuang ketika itu?

Ia pasti membahayakan nyawanya.