Bursa Malaysia mengalami penurunan

0
16
Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengalami penurunan semula daripada kenaikan kelmarin untuk dibuka rendah pada Rabu, berikutan pengambilan untung sederhana berlaku dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun sentimen berhatihati menyelubungi pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras susut 3.88 mata kepada 1,495.50 daripada 1,493.56 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama pasaran itu dibuka 4.07 mata lebih rendah kepada 1,495.31.