214 karton minuman keras dirampas

0
25
RAMPAS….pelbagai minuman keras berjaya dirampas.

MUKAH: Sebanyak 214 karton minuman keras pelbagai jenama disyaki tanpa cukai kastam berjaya dirampas menerusi Operasi Kontraban, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Mukah Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata, nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM35,321.30.

RAMPAS….pelbagai minuman keras berjaya dirampas.

“Operasi ini dijalankan oleh sepasukan polis daripada Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Bintulu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah berdasarkan maklumat serta risikan dan memeriksa sebuah kediaman di Jalan Pam Stesen Lama, Mukah.

“Minuman keras berkenaan dijumpai di dua stor berkunci dalam kediaman tersebut.

RAMPAS….pelbagai minuman keras berjaya dirampas.

“Semasa serbuan, kediaman tersebut adalah kosong dan tiada suspek yang mengaku memiliki minuman keras berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah dan diserahkan kepada bahagian siasatan jenayah untuk siasatan lanjut.

RAMPAS….pelbagai minuman keras berjaya dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.