Cara unik panggil ayam makan

0
41

Sebuah video yang dikongsi oleh TheFigen di Twitter menyebabkan netizen terlopong melihatnya.

Klip video itu bermula dengan kanak-kanak perempuan memukul periuk dan menjerit sekuat hati ke arah bukit di hadapannya.

Dia kemudian berlari kembali ke rumahnya.

Seketika kemudian kedengaran bunyi bising sebelum ratusan ayam muncul dari atas bukit tersebut, sebahagiannya terbang.

Manakala yang selebihnya berlari turun dengan pantas menuju kandang mereka kerana sudah tiba masa untuk makan tengah hari.