390 batang kayu balak haram dirampas

0
39
RAMPAS….hasil rampasan yang dilakukan semasa serbuan dilakukan.

MUKAH: Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu merampas sebanyak 390 batang kayu balak haram pelbagai saiz di Batu 45, Sungai Kua, Jalan Sibu-Selangau pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata, hasil pemeriksaan telah menemui sejumlah kayu balak tidak mempunyai cop dari Jabatan Hutan serta menjalankan aktiviti pembalakan tanpa permit yang sah.

“Ini merupakan satu kesalahan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

RAMPAS….hasil rampasan yang dilakukan semasa serbuan dilakukan.

“Dalam masa sama, nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1,927,450.00, turut melibatkan dua buah jentolak, tiga buah jengkaut, sebuah trak dan dua buah motolori.

“Semasa serbuan dijalankan, seorang lelaki tempatan berusia 49 ditangkap kerana berada di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Hutan Wilayah Sibu untuk tindakan lanjut.