SUPP Miri santuni pengunjung, peniaga

0
18

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Miri menyantuni warga Miri di beberapa lokasi serta mengagihkan limau mandarin sempena Tahun Baharu Cina.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin dan Adun Pujut merangkap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM,) Adam Yii Siew Sang turut hadir bagi mengagihkan limau mandarin kepada para pengunjung dan peniaga di lokasi berkenaan.

Aktiviti bermula seawal 7.30 pagi itu bermula di Mosjaya Miri dan diteruskan ke Tamu Padang Kerbau, Terminal Bas Pujut Padang Kerbau dan pasar raya Emart Tudan.

Rombongan itu turut diiringi Jawatankuasa Eksekutif dan Pemuda serta Wanita SUPP cawangan kecil Riam dan Pujut yang mengagihkan Kalendar 2023.

Lee yang juga Adun Senadin mengambil peluang untuk bersemuka dan mendengar permasalahan yang dihadapi oleh para peniaga dan pengunjung di sekitar lokasi yang dikunjungi beliau.