Ringgit melonjak ke paras tinggi

0
12
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit melonjak ke paras tertinggi 10 bulan berbanding dolar AS berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan di Amerika Syarikat pada masa hadapan selepas data inflasi AS terkini menunjukkan arah aliran menurun.

Pada 9 pagi kelmarin, ringgit menambah nilai sebanyak 270 mata asas kepada 4.3300/3350 berbanding dolar AS, paras terakhir dilihat pada April 2022, daripada 4.3570/3615 penutup Khamis.