Niaga hadapan FBM KLCI diniaga tinggi

0
12
Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniaga tinggi pada sesi awal dagangan.

Pada 9.13 pagi kelmarin, kontrak Januari 2023 dan Mac 2023 masing-masing meningkat 5.0 mata kepada 1,497.5 dan 1,488.0.

Februari 2023 menambah 6.0 mata menjadi 1,499.0 dan Jun 2023 naik 4.0 mata kepada 1,484.5.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1,117 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 28,068 kontrak.