PAS: Kenyataan Anwar guris perasaan anak muda

0
13
Khairil Nizam Khirudin

KUALA LUMPUR: Generasi TikTok yang telah sebulat suara menolak PH-BN ini sebenarnya ialah mereka yang intelektual namun cara mereka mengekspresi luahan mereka dengan menggunakan TikTok amat tidak disenangi oleh PH-BN yang gagal menjawab persoalan dibangkit TikTokers khasnya mengenai isu rasuah juga skandal moral pemimpin PH-BN, kata ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin.

Menurut beliau, Pemuda Pas menelaah ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di  Leadership Forum di Jakarta  baru-baru ini yang berbicara mengenai soal kelangsungan bagaimana rakyat hari ini khasnya anak muda kurang membaca dan tidak ada nilai ada apatah lagi dengan merujuk kepada suara hati anak muda di TikTok sebagai contoh.

“Kenyataan itu sedikit sebanyak mengguris dan merendahkan daya intelektual rakyat khasnya anak muda ketika ini yang secara majoritinya menolak kepimpinan PH-BN mengikut keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, jelasnya apabila PM berbicara soal adab kononnya, ia sebenarnya satu tamparan kepada beliau sendiri yang mana meninggalkan jauh adab apabila pernah menuduh Presiden Pas Tan Sri Abdul hadi Awang fitnah beliau kononnya akan bersama-sama BN selepas PRU15, sedang hakikatnya pasca pilihan raya benar-benar kleptokrat yang digelar sebagai penyamun ‘hoi ya hoi’ itu menjadi gabungan bagi membentuk kerajaan pusat.

“Di mana nilai adab PM bila mana terlalu banyak berbohong? Inikah yang mahu beliau tunjuk kepada rakyat yang dikatakan sebagai beradab? Malah janji sebelum PRU-15 mahu mengutamakan kebajikan rakyat hingga kini masih tinggal janji walau lebih sebulan kerajaan PH-BN dibentuk,” katanya.

“Kami menyarankan agar PM belajar adab dan belajar mengotakan janji mengurangkan beban ekonomi rakyat selain hormat kepada orang yang pernah membela beliau semasa beliau kononnya difitnah dalam skandal peribadi walau selepas itu dibuktikan bersalah di mahkamah dan dijatuhkan hukuman,” ujarnya.

“Usah berkokok di padang lain (di negara jiran) sedang ekor bergelumang najis di negara sendiri,” tegasnya.