Ke mana hala tuju Umno selepas ini?

0
30

KUALA LUMPUR: UMNO  berusaha keras untuk menyucikan kerjasama mereka bersama Pakatan Harapan yang sedia maklum didominasi DAP, kata Ahli Jawatankuasa Kerja  Pas, Kamaruzaman Mohamad.

“Kata mereka, kerjasama bersama PH ini adalah strategi politik terbaik untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Kononnya jika Umno bekerjasama dengan PERIKATAN NASIONAL, akan berlaku perebutan kerusi dalam segmen yang sama seterusnya akan membunuh Umno sedikit demi sedikit,” katanya. 

“Tidakkah tuan-tuan ingat dalam lapan siri PRK yang ditandingi ‘Muafakat Nasional’, kesemuanya adalah calon-calon daripada Barisan Nasional? Adakah ini yang dikatakan hendak membunuh Umno?” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, jika diimbas data semasa PRU-15 lalu pun, sokongan orang Melayu Islam kepada PN adalah sebanyak 54 peratus, BN 33 peratus manakala PH 11 peratus. 

“Terbukti bahawa PH mendapat bilangan tertinggi kerusi pada PRU lalu disebabkan oleh sokongan solid non-Malay yang melebihi 90 peratus. 

Tetapi Umno-BN tetap memilih bekerjasama bersama PH yang telah mengakibatkan semakin lemah kuasa politik Melayu Islam dalam negara ini,” ujarnya. 

“Jadi, benarkah Umno masih memperjuangkan ‘Hidup Umno, Hidup Melayu’? ,” tambahnya.

“Tidakkah sekiranya penyatuan Melayu-Islam itu kuat, lebih mudah untuk parti-parti teras Melayu Islam ini mentadbir negara Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah Melayu Islam? Kenapa dipilih PH yang jelas ditolak oleh orang Melayu sendiri?,” tanya Kamaruzaman lagi.

Untuk rekod jumnlah kerusi yang dimenangi Umno semakin merosot.

PRU11 (2004) – 198 kerusi BN, 109 kerusi Umno.

PRU12 (2008) – 140 kerusi BN, 79 kerusi Umno.

PRU13 (2013) – 133 kerusi BN, 88 kerusi Umno.

PRU14 (2018) -79 kerusi BN, 54 kerusi Umno.

PRU15 (2022) – 30 kerusi BN, 26 kerusi Umno.

“Mungkin fakta ini boleh memberikan sedikit makna buat rakan-rakan Umno yang ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.

Umno kini sedang mengadakan Perhimpunan Agungnya.