Zahid: Sarawak, Sabah banyak sumbang kepada ekonomi negara

0
11
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Sejak 1963, Sabah dan Sarawak telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, dan kini adalah masa terbaik untuk kita sama-sama memajukan Sabah dan Sarawak, kata Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ini menurut beliau seiring dengan perkembangan di keseluruhan kepulauan Borneo termasuk Kalimantan, Indonesia.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur menjadikan kedudukan wilayah Sabah dan Sarawak menjadi lebih strategik untuk dibangunkan sebagai kawasan pertumbuhan baharu.

Katanya,  limpahan pembangunan di Kalimantan perlu digarap segera agar Sabah dan Sarawak lebih pesat membangun.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilaksanakan segera.