Zahid: Kerajaan Perpaduan punya obligasi besar terhadap Sarawak, Sabah

0
16
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR:  Kerajaan Perpaduan mempunyai obligasi perundangan dan moral yang cukup besar terhadap Sabah dan juga Sarawak,  kata Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru itu, menurut  Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, walaupun ada beberapa perkara pokok yang telah dilaksanakan, masih banyak perkara yang menjadi asas kepada MA63 perlu diterjemah pelaksanaannya,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri, sebaliknya, wilayah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilaksanakan segera.

Kerajaan Perpaduan dibentuk antara lain oleh PH, BN, GPS dan GRS.

Pada 4 Jan lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin sekarang perlu mempunyai tekad untuk mempertahankan semangat Malaysia dalam MA63 selain menghormati perjanjian itu yang merupakan keputusan serta cerminan kebijaksanaan kepimpinan terdahulu.