Niaga hadapan ditutup rendah

0
12
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan kelmarin, kontrak Januari 2023 menyusut sebanyak 9.5 mata kepada 1,485.0 manakala Februari 2023, Mac 2023 dan Jun 2023 turun 8.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,487.0, 1,476.5, dan 1,474.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,648 lot daripada 5,696 lot pada Isnin dan kepentingan terbuka menokok kepada 32,476 kontrak daripada 29,527 kontrak.