Bursa Malaysia merosot

0
12
Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia merosot daripada peningkatan semalam untuk ditutup rendah kelmarin berikutan aktiviti pengambilan untung, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang resah apabila pelabur berwaspada menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell yang dijadualkan pada Selasa, kata seorang peniaga.

Saham pandu pasaran dibuka merosot 3.02 mata kepada 1,490.40 dan bergerak dalam lingkungan 1,480.37 dan 1,491.22 sepanjang sesi dagangan.