Skim pelaburan palsu: Tukang paip rugi RM100,000 

0
18
Foto fail

SIBU: Hasrat seorang tukang paip di sini  menanggung kerugian sebanyak RM100,000.

Ia berlaku selepas  mangsa berusia lingkungan 50-an menyertai  skim pelaburan yang menjanjikan pulangan 50 peratus daripada jumlah pelaburan.

Dia tertarik dengan tawaran pakej pelaburan  sebuah syarikat  di laman media sosial pada pertengahan Disember lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menerima satu laporan polis mengenai kes itu pada Isnin.

“Pengadu menyatakan bahawa dia telah diperdayakan oleh sebuah syarikat pelaburan dalam talian selepas berurusan melalui aplikasi whatsapp sejak pertengahan Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM106,300 ke dalam 10 akaun bank yang diberi suspek menerusi 28 transaksi sejak 19 Disember 2021 hingga 4 Julai 2022.

Malah, jelasnya, setiap pembayaran dilakukan, mangsa telah diberitahu mengenai keuntungan dan pulangan harga pasaran.

“Mangsa juga dijanjikan keuntungan pelaburan sebanyak RM800,000 pada September 2022 namun sehingga kini mangsa tidak menerima sebarang pulangan dan keuntungan seperti yang dijanjikan oleh suspek,” katanya lagi.

Menurutnya, pengadu menyertai pelaburan tersebut kerana ingin melangsaikan pinjaman keretanya.

Jelasnya, sumber kewangan pelaburan tersebut diperoleh daripada wang simpanan, pinjaman daripada rakan-rakan serta ahli keluarga.