Perangi jenayah di setiap daerah

0
17
Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri

KUCHING: Sempena perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2023, polis Sarawak akan menjalankan Op Bersepadu bermula 24 Disember hingga 1 Januari 2023.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, operasi tersebut bertujuan memerangi jenayah di semua daerah.

“Ia termasuk membanteras kes samun tepi jalan, pecah rumah dan kes kecurian lain.

Operasi ini penting untuk mewujudkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu, operasi ini dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut ketika musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.

Azman berharap pengguna jalan raya dapat mengutamakan keselamatan ketika memandu untuk memastikan perjalanan mereka lancar dan selamat.

Menurutnya, mereka juga perlu mematuhi setiap arahan pihak berkuasa yang mengawal lalu lintas.

“Sekiranya melalui perjalanan jauh, pastikan anda cergas dan rehat sebentar sekiranya letih atau mengantuk.

Patuhi papan tanda dan had laju ditetapkan,” ujarnya.

Beliau menambah, operasi tersebut dilaksanakan untuk memastikan rumah yang ditinggal ketika musim perayaan sentiasa selamat.

“Kalau boleh sediakan alat keselamatan tambahan sekiranya rumah ditinggal dalam jangka masa lama.

“Minta bantuan jiran atau laporkan kepada balai polis berdekatan supaya rumah yang ditinggalkan dapat sentiasa diawasi,” jelasnya