UMNO: Entah-entah lebih daripada RM600 bilion

0
3
Isham Jalil

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil menyifatkan perbelanjaan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri mungkin lebih besar berdasarkan beberapa kekeliruan kenyataan dalam kalangan pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Katanya ini kerana, kenyataan daripada Muhyiddin termasuk bekas Ketua Setiausaha Sulitnya, Datuk Dr Marzuki Mohamad dan Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberikan jumlah nilai yang berbeza.

“Sanusi kata RM600 bilion.

Setiausaha sulit Muhyiddin kata RM530 bilion, Muhyiddin kata lebih dari RM600 bilion.

Entah-entah ia lebih besar.

“Beza RM530 billion dan RM600 bilion itu adalah RM70 bilion.

Mereka kata perbelanjaan kerajaan ‘hanya’ RM83 billion.

“Ini adalah jumlah yang amat besar.

Contohnya, wang ini boleh bina 10,000 sekolah atau beri setiap orang dewasa 18 tahun ke atas di Malaysia RM4,000 seorang atau setiap keluarga RM10,000 satu keluarga, atau beri RM830 juta bakul makanan.

Mana pergi wang ini?” katanya di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, siasatan terperinci serta audit perlu dilakukan kerana nilai yang besar itu perlu diketahui umum membabitkan perbelanjaannya.

“Sebab itu ia perlu disiasat dan diaudit.

Mereka berbelanja berbillion-billion sehingga mereka pun lupa dan tidak kisah berapa sebenarnya mereka telah belanja dalam 17 bulan tersebut.

Mereka perlu jawab dan bertanggungjawab.

Ini wang rakyat,” ujar beliau