Sarawak mampu lahirkan pereka perabot bertaraf dunia

0
2
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING: Program Sarawak Young Designers (SayD’SignersSarawak) diyakini akan mampu untuk melahirkan pereka perabot bertaraf dunia dari Sarawak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak, setakat ini program berkenaan telah melahirkan seramai 26 pereka muda yang telah tamat latihan di Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia pada 2019.

“Sehubungan itu, program ini mampu memberi impak yang baik terhadap pembangunan industri perkayuan di Sarawak sekali gus menyumbang kepada visi kerajaan negeri yang mensasarkan peningkatan eksport perabot sehingga RM6 bilion menjelang 2030,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sempena Majlis Penutupan STIDC-FSRD ITB Furniture Design Training Program di Bandung, Indonesia seperti dipetik TVS.

Abang Johari memberitahu, Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan anak syarikatnya, Saradec bekerjasama dengan ITB untuk tahun kelima.

Program ini khusus untuk lepasan universiti tempatan yang berminat untuk mengikuti latihan perusahaan pembuatan perabot di Sarawak.