Ringgit dibuka tinggi

0
3
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, memandangkan mata wang negara maju itu terus susut susulan kenyataan pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung untuk menurunkan kadar faedah serta peningkatan minat risiko, kata penganalisis.

Pada 9.06 pagi semalam, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3750/3830 berbanding dolar AS daripada 4.3835/3925 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata ringgit dibuka lebih kukuh pagi semalam walaupun data pekerjaan AS dilaporan lebih positif.