Kembang potensi di mata dunia

0
8
DR SIM menyaksikan penyerahan sijil MBR oleh Edwin kepada Simon di Kuching, semalam.

KUCHING: Usahawan Sarawak digesa mengembangkan potensi dan peluang dengan cara tersendiri terutama dalam meletakkan negeri ini di peta dunia.

Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, sama seperti PC Image yang muncul sebagai kedai runcit komputer terbesar di Malaysia, beliau mahu rakyat negeri ini terus membawa bendera dan nilai Sarawak sambil mencipta nama untuk diri mereka sendiri.

“Saya mahu rakyat Sarawak menyedari potensi mereka, sentiasa mencari peluang dalam apa sahaja yang mereka lakukan.

“Anda boleh meletakkan nama Sarawak ke persada dunia dan diiktiraf masyarakat antarabangsa atas apa yang anda lakukan dan apa yang anda sumbangkan kepada negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah PC Image oleh Malaysia Book of Records (MBR), sekali gus menyambut ulang tahun ke-20 di syarikat itu di hotel UCSI, di sini, malam semalam.

Sementara, PC Image Sdn Bhd menerima anugerah MBR, pada hari ulang tahun ke-20, sekali gus memberi pengiktirafan kepada syarikat tersebutatas pencapaiannya sebagai saluran runcit komputer terbesar di Malaysia.

Perunding Kanan MBR Edwin Yeoh menyampaikan sijil pengiktirafan tersebut kepada Pengarah Urusan PC Image Simon Kong.

Majlis penyampaian sijil turut disaksikan Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian.

Pengiktirafan MBR terhadap organisasi tersebut merupakan satu perkara penting bagi PC Image kerana diiktiraf sebagai salah satu rangkaian komputer terkemuka di Malaysia.

Dalam pada itu, syarikat tersebut turut bekerjasama dengan beberapa vendor komponen mereka untuk menawarkan 300 unit PC atau komputer riba pada harga RM999 bersasar kepada kumpulan B40.

Tawaran Infinite Desktop PC Essential B40 dan Infinite Laptop 151G-SWS SRP yang asalahnya berharga RM1,499.

Pemohon yang berminat perlu menyemak kelayakan, seterusnya membuat pesanan di www.pcimage. com.my sementara stok masih ada.

Ini merupakan kerjasama antara vendor komponen sokongan termasuk Acer, Adata, Aoc, MSI & Infiniteracer dengan jumlah tajaan berjumlah RM100,000.

Semua penaja yang menjayakan program tanggungjawab sosial Korporat ( CSR ) itu diberi sijil penghargaan.