Dagangan Itali-Malaysia lebih AS$3 bilion tahun ini

0
2
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Itali dijangka mencecah lebih AS$3 bilion (RM13.52 bilion) tahun ini, sekali gus menjadi yang tertinggi pernah dicatatkan di antara kedua negara.

Duta Itali ke Malaysia, Massimo Rustico, berkata biarpun data rasmi hanya dikeluarkan pada Mac depan, namun pihaknya menyaksikan berlaku pertumbuhan perdagangan yang menggalakkan.