Dadah : Empat lelaki dicekup di Bintulu

0
5
Bahan bukti yang dirampas daripada suspek dalam Ops Tapis Khas Se-Malaysia di Bintulu.

BINTULU: Empat lelaki dicekup selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dadah dalam Ops Tapis Khas Se-Malaysia di kawasan pusat komersial Kemena, Jalan Masjid dan Jalan Tun Hussien Onn di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Batholomew Umpit, kesemua suspek masing-masing berusia 17 hingga 42 tahun.

Salah seorang suspek katanya, disiasat di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 dengan berat rampasan 5.2 gram dadah jenis Syabu manakala, seorang lagi di siasat dibawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dengan berat rampasan kira-kira 0.8 gram dadah jenis Syabu.

Bahan bukti yang dirampas daripada suspek dalam Ops Tapis Khas Se-Malaysia di Bintulu.

“Hasil ujian saringan awal polis mendapati, kesemua mereka positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Kesemua saspek juga di siasat dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan ditahan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Jika sabit kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 boleh di penjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang tiga kali sebatan.

“Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 boleh di penjara tidak lebih lima tahun dan denda RM100,000 dan jika disabitkan kesalahan di bawah Sek.15 (1) ADB 1952 pula, boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tangkapan itu merupakan salah satu usaha polis dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, dis amping mencegah aktiviti jenayah di daerah ini.

Sehubungan itu, orang ramai yangmempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini boleh memaklumkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304.